fb fb fb fb fb

Insiden rempuhan kuil di India, 12 mati beberapa lagi cedera

 FOTO:hindustannewshub.com

SRINAGAR, 1 Januari– Sekurang-kurangnya 12 orang mati dan 13 lagi cedera dalam insiden rempuhan di sebuah kuil pada awal pagi Sabtu di wilayah Kashmir bawah pentadbiran India.

"Jumlah keseluruhan mungkin lebih tinggi kerana laluan ke puncak bukit depenuhi penganut sama ada untuk lawatan atau majlis keagamaan sempena tahun baharu”, kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada agensi berita AFP.

Kuil Mata Vaishno Devi adalah salah satu kuil Hindu paling popular di utara India dengan puluhan ribu penduduk mengunjunginya setiap hari untuk sembahyang.

Pihak berkuasa juga telah mengesahkan jumlah kematian dalam insiden yang berlaku kira-kira 2.45 pagi waktu tempatan.

“Amat sedih atas kehilangan nyawa, tulis Perdana Menteri Narendra Modi di twitter, sambal menambah pihaknya telah berhubung dengan pegawai tempatan.

“Takziah kepada keluarga mangsa, semoga mangsa yang cedera segera pulih”, kata Modi. -AFP

 

Media Baharu