fb fb fb fb fb

12 maut dalam serangan udara di Kampung Letpanhla, Myanmar

Serangan udara junta Myanmar di sebuah Kampung Letpanhla meragut sekurang-kurangnya 12 individu yang merupakan orang awam/ AFP

LETPANHLA, 16 Mac- Serangan udara junta Myanmar di sebuah Kampung Letpanhla meragut nyawa sekurang-kurangnya 12 individu yang merupakan orang awam, menurut seorang pegawai pentadbiran tempatan.

Menurut penganalisis, junta sering menggunakan serangan udara dan menyasarkannya kepada orang awam.

Kampung di perbandaran Singu itu dipegang Angkatan Pertahanan Rakyat (PDF) -- gerila antirampasan kuasa selepas tentera menggulingkan kerajaan awam negara itu empat tahun lalu.

"Ramai individu terbunuh kerana mereka menjatuhkan bom di kawasan sesak," kata pegawai pentadbiran tempatan, yang enggan dikenali. "Ia berlaku ketika orang ramai mahu pergi ke pasar".

"Kami sedang membuat senarai dan telah mendaftarkan seramai 12 individu terbunuh," katanya pada Sabtu.

Sementara itu jurucakap junta tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.

Jumlah sebenar kematian tidak dapat dipastikan dengan sahih tetapi menurut unit PDF tempatan terdapat 27 kematian direkodkan.

Tentera Myanmar merampas kuasa pada 2021 telah menjerumuskan negara itu dalam perang saudara.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI