fb fb fb fb fb

Poster, kad filem ikonik bakal dilelong di Amerika

Poster filem 'King Kong' dipamerkan menjelang Cinema on Paper: Lelongan Poster Filem Koleksi Dwight M. Cleveland/ AFP

LONDON, 16 Mac- Berpuluh-puluh poster yang jarang ditemui daripada beberapa filem paling ikonik abad ke-20 dijangka menjadi tumpuan bulan ini apabila seorang pengumpul Amerika Syarikat ingin melepaskan beberapa koleksi peribadinya yang paling berharga.

500 poster dan kad daripada filem klasik seperti King Kong, Casablanca dan 2001: A Space Odyssey" mula dipamerkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini di London, New York dan Chicago.

Ia dikumpul lebih setengah abad oleh ejen hartanah Dwight Cleveland dan akan dilelong bilik pameran Heritage di Dallas pada 27 dan 28 Mac.

"Saya menghargai setiap satu daripada mereka kerana setiap daripada mereka dipilih sendiri," kata Cleveland, 65, kepada AFP.

"Ini adalah seni komersial. Poster dan kad tersebut bertujuan untuk mengajak penonton ke dalam panggung wayang dan menonton filem berkenaan."

Menurut Clevelan ia juga merupakan satu "seni penting" yang melangkaui hanya pengiklanan pada zaman itu.

Poster dan kad itu akan dipaparkan di ruang legar pawagam malah ada yang menjangkau sekitar 125 tahun sejarah filem. Kebanyakan poster dan kad tersebut berasal dari akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Tetapi selepas 50 tahun "ia (poster dan kad) semakin sukar untuk diperolehi sekali gus tiada kolek baharu yang dapat dimasukkan dalam koleksi peribadi saya," kata Cleveland.

"Saya rasa tiada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan dan hobi ini adalah salah satu perkara yang saya suka lakukan," tambahnya.

Beberapa poster dan kad mempunyai nilai tersendiri dalam lelongan itu termasuk "King Kong" versi 1933 yang menunjukkan pelakon Fay Wray dicengkam haiwan itu.

Ia dianggarkan boleh dijual pada harga $40,000 hingga $80,000.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI