fb fb fb fb fb

12 maut, 33 cedera dalam kemalangan bas di Mesir

Foto Fail: REUTERS

KAHERAH, 15 Oktober- Sekurang-kurangnya 12 orang maut terbunuh dan 33 lagi cedera selepas sebuah bas terbalik di lebuh raya yang menghubungkan Kaherah, Mesir ke pantai Laut Merah pada Isnin.

Akhbar milik kerajaan, Akhbar al-Youm melaporkan bas itu membawa pelajar kolej yang pulang dari Universiti Galala di wilayah timur Suez, Mesir.

Kementerian Kesihatan Mesir berkata, 28 ambulans dihantar ke tempat kejadian yang berlaku di Lebuhraya Al-Galala yang menghubungkan Kaherah ke bandar pesisir Laut Merah termasuk Ain Sokhna.

Difahamkan, pelajar berkenaan baharu pulang dari kelas mereka dan dalam perjalanan ke asrama di pusat peranginan Ain Sokhna menggunakan lebuh raya baharu Galala.

Tiada kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan itu, dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan kelajuan bas dan keadaan cuaca semasa kemalangan.

Saluran berita pro-kerajaan milik persendirian, Sada al-Balad, melaporkan di laman sesawangnya bahawa siasatan awal mendapati pemandu bas itu memandu laju dan hilang kawalan ke atas kenderaan. -REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI