fb fb fb fb fb

11 cedera pesawat tergelincir dari landasan

Foto Reuters

DAKAR, 10 Mei - 11 individu cedera selepas pesawat Boeing 737 tergelincir dari landasan sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dakar pada Khamis.

Penerbangan Air Senegal itu dilapor sedang menuju ke ibu negara Mali Bamako dan membawa 79 penumpang termasuk enam anak kapal dan dua juruterbang, kata Syarikat Pengurusan Lapangan Terbang (LAS) dalam satu kenyataan.

Pesawat Boeing 737/300 itu telah disewa daripada Transair milik persendirian.

"Seramai 11 orang cedera, empat daripadanya parah. Enam penumpang lain dibawa untuk pemeriksaan perubatan di dalam lapangan terbang.

"Ketika pesawat itu berada di penghujung landasan, ia tidak dapat berlepas. Juruterbang memilih untuk mengeluarkannya dari landasan. Secara peribadi saya rasa dia menguruskan keadaan dengan baik. Pesawat itu tidak mengalami kerosakan yang teruk."kata Ketua Pengarah LAS, Askan Demir.

Lapangan terbang tersebut yang terletak 50 kilometer dari ibu negara Senegal, Dakar, dibuka semula sejurus selepas tengah hari.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN