fb fb fb fb fb

10 tahun kehilangannya masih jadi misteri, waris mangsa MH370 tuntut pencarian disambung semula

FOTO REUTERS

BEIJING, 8 Mac- Sekumpulan waris penumpang pesawat Malaysia Airlines, MH370 berkumpul di depan keduataan Malaysia di Beijing hari ini.

Mereka menuntut agar siasatan dan pencarian pesawat yang hilang itu disambung semula.

Li Shuce, bapa kepada salah seorang mangsa memberitahu pemberita di luar Kementerian Luar China bahawa dia berpendapat anaknya masih hidup.

"Jika dia masih hidup kita perlu melihatnya secara peribadi; jika dia mati kita perlu melihat mayatnya. Apa yang berlaku kepada pesawat itu? Ke mana ia pergi?" kata Li.

Malaysia bersedia untuk membuka semula siasatan berhubung kehilangan pesawat malang itu jika ada bukti baharu kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Tragedi pesawat MH370 menjadi salah satu misteri penerbangan terbesar dunia apabila ia hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 dengan 239 orang di dalamnya.

Kira-kira dua pertiga daripada mangsa adalah dari China.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE