BOGOTA, 8 April - Hujan lebat dan banjir telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di kem perlombongan di pergunungan barat laut Colombia.
Pihak berkuasa menyatakan terdapat beberapa orang lagi dilaporkan hilang dan banyak kemusnahan berlaku.
Datuk Bandar Hector Orrego berkata, banjir di lombong El Porvenir wilayah Antioquia mengejutkan sekumpuan pelombong ketika mereka sedang menikmati makan malam pada petang Rabu.
Ia telah memusnahkan sebahagian daripada kem perlombongan serta loji.
Unit Pengurusan Risiko Bencana Negara menyatakan terdapat 10 kematian, tujuh masih hilang dan 10 lagi tercedera.
(10 terkorban, tujuh hilang dan 10 cedera)
Sejumlah 20 keluarga telah dipindahkan dari bandar berdekatan akibat risiko berlakunya banjir lagi dengan banyak sungai mungkin melimpah di kawasan itu.
Beberapa buah jalan raya juga tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh.
Musim hujan ketika ini telah meyebabkan 17 orang terbunuh akibat banjir di Antioquia.
Di bandar Barbosa, seorang wanita maut dalam kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat.
Dalam bulan Februari, 14 orang maut dan 34 cedera akibat tanah tuntuh yang disebabkan oleh hujan lebat di wilayah Risaralda.