fb fb fb fb fb

Rusia digantung daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB

NEW YORK, 8 April - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantung keanggotaan Rusia daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Ia akibat laporan "pelanggaran dan penyalahgunaan hak asasi manusia yang kejam dan sistematik" oleh tentera Rusia di Ukraine.

Desakan yang diketuai oleh Amerika Syarikat memperoleh 93 undi menyokong, manakala 24 negara mengundi tidak menyokong dan 58 negara berkecuali.

Dua pertiga ahli mengundi dengan ketidakhadiran tidak dikira, diperlukan untuk menggantung Rusia daripada 47 anggota majlis.

Penggantungan jarang berlaku, Libya digantung pada tahun 2011 kerana keganasan terhadap penunjuk perasaan oleh tentera yang setia kepada pemimpin ketika itu Muammar Gaddafi.

Keputusan yang dibuat oleh 193 ahli Perhimpunan Agung menyatakan kebimbangan yang tinggi terhadap krisis hak asasi manusia dan kemanusian yang sedang berlaku di Ukraine, terutamanya laporan mengenai pencabulan hak asasi oleh Rusia.

(Rusia nafi serang orang awam di Ukraine/Foto Fail)

Rusia memberi amaran terhadap negara yang mengundi menyokong atau berkecuali akan dilihat sebagai "isyarat tidak mesra" dengan akibat kepada hubungan dua hala.

Rusia kini berada ditahun kedua daripada tempoh tiga tahun di Majlis Hak Asasi Manusia yang berpengkalan di Geneva.

Moscow merupakan antara ahli yang paling banyak bersuara dan penggantungan menghalangnya daripada bersuara dan mengundi namun diplomatnya masih boleh menghadiri perbahasan.

Bulan lalu, majlis itu membuka siasatan terhadap tuduhan pencabulan hak asasi manusia termasuk kemungkinan jenayah perang di Ukraine.

Rusia menafikan menyerang orang awam di Ukraine.

Duta besar Rusia ke PBB Vassily Nebenzia berkata, walaupun Bucha berada dalam kawalan Rusia, tiada seorang orang awam yang mengalami sebarang bentuk keganasan. -REUTERS

Media Baharu