fb fb fb fb fb

10,000 orang sertai tunjuk perasaan di Paris

Penunjuk perasaan berhimpun di New York City pada 27 Mei 2024/AFP

PARIS, 28 Mei- Kira-kira 10,000 orang menyertai tunjuk perasaan berhampiran kedutaan Israel di Paris bagi menentang serangan terbaharu Israel di bandar Gaza, Rafah.

Mereka berkumpul beberapa ratus meter dari kedutaan di tengah ibu kota Perancis dan melaungkan "Bebaskan Gaza" dan slogan pro-Palestin yang lain.

Demonstrasi itu dianjurkan sehari selepas serangan Israel yang menyasarkan kem yang menempatkan pelarian Palestin di Rafah. Israel telah menghadapi kecaman antarabangsa atas serangan itu.

Menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas, 45 rakyat Palestin terkorban.

Jurucakap penganjur perhimpunan, Francois Rippe daripada Persatuan Perpaduan Perancis-Palestin berkata, pembunuhan beramai-ramai itu meragut terlalu banyak mangsa.

"Mereka memulakan kebakaran di kem perlindungan, mereka membakar orang dan kami (Perancis) tidak pun memanggil duta Israel. Ia tidak boleh diterima," tambah Rippe.

Satu kain rentang pada perhimpunan itu menunjukkan Presiden Peranci Emmanuel Macron, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan slogan "Itu adalah kemanusiaan yang mereka bunuh". Perancis dan Amerika Syarikat telah mengecam serangan Israel.- AFP

ROSLINA BINTI DIN