fb fb fb fb fb

1.9 juta rakyat Gaza berpindah ke selatan

Foto AFP

RAFAH, 13 Disember - Lebih 1.9 juta rakyat Gaza berpindah ke selatan wilayah itu akibat konflik perang Palestin-Israel.

Penduduk yang berpindah menjadikan Rafah berhampiran sempadan Mesir sebagai kem sementara.

Lebih dua bulan selepas konflik perang tercetus pada 7 Oktober, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan semua kemudahan awam, termasuk hospital dan sekolah perlu dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin, Philippe Lazzarini, menyatakan perang di Gaza amat keterlaluan.

Selain sekolah dan masjid, dua universiti di Gaza termasuk Universiti cawangan Al-Azhar telah runtuh di bom oleh rejim Israel.

Jumlah kematian di Gaza kini juga telah melebih 18,000orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Penduduk Palestin yang berpindah di Rafah, di selatan Gaza mendirikan khemah sebagai tempat perlindungan sementara.

PBB mendesak Israel melindungi orang awam, dimana ketika ini wilayah Gaza berdepan dengan kebuluran dan penyakit.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN