Media Baharu

Media Baharu

Tambah baik fasiliti pelancongan, Melaka mohon RM20 juta

PADANG NYIRU, 4 Jun- Melaka memohon peruntukan kira-kira RM20 juta daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) bagi penambahbaikan fasiliti pelancongan negeri itu. Exco Pelancongan, Warisan , Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, ia bertujuan menyelesaikan baki…

Isu satelit pengintip, adik Kim Jong Un selar PBB

SEOUL, 4 Jun– Adik kepada pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong, membidas tindakan Majlis Keselamatan PBB kerana mengadakan mesyuarat “paling tidak adil” berhubung pelancaran satelit pengintip Pyongyang baru-baru ini. Pada Rabu, roket Chollima-1 baharu Korea Utara hilang tujahan dan terhempas ke…

Perkasa pelancongan domestik, tingkat aliran ringgit

KUALA LUMPUR, 4 Jun- Industri pelancongan domestik perlu terus diperkasa bagi memperkukuh kemampanan ekonomi, sekali gus meningkatan aliran ringgit. Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis berpandangan usaha itu mampu direalisasi menerusi kerjasama bersepadu antara kerajaan dan swasta. Ini termasuk…

Malaysia ucap takziah, nahas kereta api di India

NEW DELHI, 4 Jun- Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada India susulan nahas kereta api yang mengakibatkan ratusan nyawa terbunuh dan cedera pada Jumaat lalu. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengucapkan takziah dan mendoakan kesembuhan kepada mereka yang…

Gempa kuat di Timur Indonesia

JAKARTA, 4 Jun– Wilayah Maluku di timur Indonesia digegarkan dengan gempa bumi berukuran 6.0 pada skala richter pada pagi Ahad, namun ia tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu. Gegaran yang berlaku pada 7.25 pagi waktu tempatan…

Pembinaan TAPS Jernih berjalan lancar

MASJID TANAH, 4 Jun- Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih di Masjid Tanah berjalan lancar dan perkembangannya mencapai 28% selain mengikut jadual ditetapkan. TAPS Jernih dengan kos kira-kira RM234.7 juta akan membantu bagi menampung keperluan air pengguna di daerah…

12 orang maut, sesak nafas di lombong emas Venezuela

(Kejadian berlaku pada Rabu selepas lombong berkenaan dinaiki air akibat hujan lebat/Foto Hiasan) CIUDAD GUAYANA, 4 Jun- 12 orang dilaporkan maut akibat sesak nafas di sebuah lombong emas tertutup di tenggara Venezuela. “Seramai 12 orang disahkan maut dalam insiden itu.…

Australia rancang wujudkan taman laut sebesar Sepanyol

SYDNEY, 4 Jun – Australia merancang untuk mewujudkan taman laut hampir sebesar negara Sepanyol di sekitar pulau terpencil di luar pantai tenggaranya. Di bawah cadangan itu, Taman Laut Pulau Macquarie sedia ada akan ditingkatkan tiga kali ganda, menjadikan sejumlah 475,465…

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.