
FLORIDA, 24 Mac – Pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka, menewaskan pemain China, Qinwen Zheng 6-3, 6-4 untuk mara ke suku akhir kejohanan tenis Terbuka Miami, awal pagi tadi.
- Sabalenka raih kemenangan kelapan daripada sembilan pertemuan ke atas pemenang pingat emas Olimpik, menunjukkan penguasaan berterusan.
- Menewaskan lawan sambil mengekalkan ketenangan walaupun hadapi beberapa peluang 'break', mengesahkan kemenangan menerusi servis mantap.
- Karolina Muchova cemerlang, menewaskan Alexandra Eala 6-0, 6-2 dalam sejam dan layak ke suku akhir bertemu Victoria Mboko.
Ia merupakan kemenangan kelapan Sabalenka daripada sembilan pertemuan dengan pemenang pingat emas Olimpik tersebut, menunjukkan penguasaan berterusan pemain Belarus itu ke atas lawannya.
Dalam perlawanan tersebut, Sabalenka mengekalkan ketenangan walaupun menghadapi beberapa peluang ‘break’ dari Zheng, sebelum mengesahkan kemenangan menerusi servis yang mantap pada set kedua.
Sabalenka dijadual menentang pemain tuan rumah, Hailey Baptiste, pada peringkat suku akhir, dengan peluang untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan berprestij itu masih terbuka luas.
Sementara itu, pemain pilihan ke-13, Karolina Muchova, menampilkan aksi cemerlang apabila menewaskan Alexandra Eala 6-0, 6-2 hanya dalam masa sejam.
Dengan kemenangan itu, Muchova menempah tempat di suku akhir dan dijadual bertemu pemain remaja Kanada, Victoria Mboko. -REUTERS