Terbuka India: Aaron-Wooi Yik tersingkir di separuh akhir

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa akur tewas aksi tiga set berdepan gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita di separuh akhir Terbuka India

KUALA LUMPUR, 17 Januari – Cabaran beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Terbuka India berakhir selepas tunduk kepada gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Khohei Yamashita di separuh akhir, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada gandingan Jepun Midorikawa-Yamashita di separuh akhir Terbuka India.
  • Mereka kalah 10-21, menang 21-13, kemudian tewas penentuan 11-21 dalam 44 minit.
  • Kegagalan menutup aksi menafikan harapan juara Terbuka Malaysia minggu lalu.
  • Ini kali pertama Aaron-Wooi Yik tewas kepada pasangan Midorikawa-Yamashita.

Saingan di New Delhi menyaksikan harapan negara yang juga pilihan kedua kejohanan tewas mudah 10-21 pada set pertama.

Namun, Aaron-Wooi Yik kembali memperkemaskan rentak permainan untuk menguasai set kedua 21-13 dan seterusnya membawa perlawanan ke set penentuan.

Hasrat juara Terbuka Malaysia minggu lalu itu untuk menutup aksi dengan kemenangan tidak berjaya, apabila ketinggalan 6-11 pada pertengahan set ketiga, sebelum akur tewas 11-21 dalam tempoh 44 minit.

Ini merupakan kekalahan pertama dialami Aaron-Wooi Yik berdepan Midorikawa-Yamashita.

Gandingan ranking kedua dunia itu sebelum ini mengatasi lawan di kedudukan ke-22 pada kejohanan Terbuka Thailand tahun lalu.