Tenis Terbuka Dubai: Pegula raih kejuaraan kali keempat

Bintang tenis Amerika Syarikat, Jessica Pegula /AFP

DUBAI, 22 Februari – Bintang tenis sensasi wanita, Jessica Pegula merayakan harijadinya dengan menjuarai gelaran WTA 1000 kejuaraan Dubai buat kali keempat selepas menumpaskan Elina Svitolina 6-2, 6-4 pada pentas akhir pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jessica Pegula raih gelaran WTA 1000 Dubai buat kali keempat selepas menewaskan Elina Svitolina 6-2, 6-4.
  • Pegula menambah trofi ke-10 kerjaya dan kini mara ke separuh akhir dalam tujuh kejohanan berturut-turut.
  • Svitolina, yang pernah juara 2017 dan 2018, kembali beraksi di perlawanan WTA 1000 pertama sejak 2018.
  • Kelelahan Svitolina selepas perlawanan tiga jam menentang Coco Gauff beri kelebihan kepada Pegula.

Pemain pilihan keempat dari Amerika Syarikat itu menambah rekod kemenangan peribadinya menentang Svitolina kepada 6-3 sekali gus menafikan peluang lawannya untuk meraih gelaran ketiga di Dubai.

Pegula, yang bakal menyambut hari jadi ke-32 pada Selasa, telah mara ke separuh akhir dalam tujuh kejohanan terakhirnya dan kini menambah trofi ke-10 dalam kariernya.

Dalam separuh akhir Jumaat lalu, Pegula bangkit dari ketinggalan set dan satu break menewaskan Amanda Anisimova.

Manakala Svitolina terpaksa mengerah keringat melalui perlawanan selama tiga jam menentang Coco Gauff.

Keletihan Svitolina nyata memberi kelebihan buat Pegula yang menguasai permainan dan menutup kemenangan dalam masa 72 minit.

“Saya tidak boleh minta hadiah hari jadi yang lebih baik. Saya sangat bangga dengan diri sendiri,” kata Pegula selepas perlawanan.

Sementara itu, Svitolina yang pernah menjuarai kejohanan pada 2017 dan 2018, tetap membanggakan selepas mara ke perlawanan WTA 1000 buat pertama kali sejak Rome 2018.

Pemain berusia 31 tahun itu baru kembali ke kedudukan 10 terbaik awal bulan ini selepas cuti melahirkan anak baru-baru ini.-AFP