Taslim pelumba BMX keempat terbaik Asia

Aksi Sheikh Muhammad Taslim pada Kejohanan BMX Asia Freestyle Flatland 2026.

KUALA LUMPUR, 17 JULAI – Pelumba BMX negara, Sheikh Muhammad Taslim Shaikh Razif terlepas peluang untuk mencipta sejarah untuk menduduki podium pada Kejohanan BMX Asia Freestyle Flatland 2026 (ACC BMX 2026) di Zigong minggu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sheikh Muhammad Taslim mengumpul 71.66 mata dan menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan.
  • Juara dunia Yu Shoji menang emas dengan 90.33 mata, diikuti Yu Katagiri perak 87.66 dan pelumba Thailand gangsa 80.00.
  • Mohammad Anwar Khairy pelumba Malaysia lain tamat di tempat keenam dengan 52.33 mata.
  • Taslim sedih kerana gagal capai sasaran gangsa tetapi bangga menjadi pelumba keempat terbaik Asia.

Sekalipun memperagakan persembahan bertenaga, kutipan 71.66 mata yang dicatatkan sekadar memastikannya menduduki tempat keempat keseluruhan.

Pingat emas acara tersebut dimenangi juara dunia dari Jepun, Yu Shoji yang mengumpul 90.33 mata diekori rakan senegaranya, Yu Katagiri (87.66 mata).

Podium ketiga menjadi milik pelumba Thailand (80.00 mata).

Seorang lagi pelumba Malaysia, Mohammad Anwar Khairy pula menduduki tempat keenam setelah mengutip 52.33 mata.

Pelumba berusia 35 tahun itu mengakui terkilan kerana gagal merealisasikan impiannya untuk menduduki podium biarpun telah mempersembahkan aksi bertenaga sejak pusingan kelayakan.

“Rasa terkilan sangat. Ini adalah kali kedua saya sertai ACC BMX Freestyle Flatland. Secara kebetulan dua juara dunia dari Jepun (Yu Shoji dan Yu Katagiri) yang sentiasa menang pada acara FISE pun ada di sini.

“Pasukan Malaysia datang ke ACC BMX 2026 dengan sasaran sekurang-kurangnya pingat gangsa. Agak terkilan kerana saya hampir berjaya merealitikan sasaran kem Malaysia.

“Bagaimanapun, saya tetap bangga kerana menjadi pelumba keempat terbaik di Asia secara keseluruhan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.