
KUALA LUMPUR, 20 Mei – Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat dan Lai Shevon Jemie tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026.
- Soon Huat-Shevon menang mudah 21-8, 21-16 lawan Chen Zhi Yi dan Frencesca Corbett (AS).
- Kemenangan dicapai dalam 26 minit, menumpaskan pasangan yang di ranking ke-46 dunia.
- Pasangan negara kini di ranking ke-12 dunia.
- Mereka akan bertemu Wu Guan Xun dan Lee Chia Hsin esok, yang sebelum ini menang 20-22, 21-13, 21-17.
Kemaraan mereka susulan kemenangan mudah 21-8, 21-16 ke atas pasangan daripada Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Frencesca Corbett dalam aksi di sini hari ini.
Pasangan negara yang juga pasangan ranking ke-12 dunia itu hanya mengambil masa 26 minit untuk menumpaskan lawan yang berada di ranking ke-46 dunia.
Soon Huat-Shevon dijadualkan menentang pasangan Taiwan, Wu Guan Xun- Lee Chia Hsin dalam aksi pusingan seterusnya esok.
Terdahulu pasangan daripada Taiwan itu menumpaskan rakan senegara Wu Hsuan Yi-Yang Chu Yun dengan keputusan 20-22, 21-13 & 21-17.