Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City

Pemain squasy negara, S.Sivasangari / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Februari – Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City 2026 selepas mencatat kemenangan meyakinkan di pusingan 16 terbaik di Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sivasangari menang pusingan 16 terbaik 3-1 menewaskan Kenzy Ayman dalam masa 36 minit.
  • Kemenangan tunjukkan aksi tenang dan kawalan kuat sepanjang perlawanan.
  • Sivasangari bakal berdepan pilihan ketiga Nour Elsherbini di suku akhir esok.
  • Dua wakil Malaysia lain, Aira Azman dan Ng Eain Yow, akan beraksi dalam pusingan 16 hari ini.

Pemain pilihan keenam itu mempamerkan aksi tenang untuk menewaskan wakil Mesir, Kenzy Ayman 3-1, dengan keputusan 11-5, 11-4, 10-12, 11-6, dalam masa 36 minit.

Sivasangari akan berdepan pilihan ketiga Nour Elsherbini juga dari Mesir di suku akhir yang dijadual berlangsung esok.

Sementara itu, dua wakil Malaysia bakal beraksi di pusingan 16 terbaik hari ini (waktu AS).

Dalam saingan wanita, Aira Azman dijadual bertemu wakil Amerika Syairkat, Olivia Weaver manakala bagi acara lelaki, Ng Eain Yow akan berdepan pemain New Zealand, Paul Coll.- BERNAMA