Polis pastikan SUKMA Selangor 2026 selamat dan lancar

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar (kanan)/Foto BERNAMA

SHAH ALAM 22 Julai – Polis Kontinjen Selangor mengesahkan komitmen penuh dalam memastikan kawalan keselamatan dan ketenteraman awam berada pada tahap tertinggi bersempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) di negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penganjur SUKMA telah berhubung dengan PDRM untuk merancang keanggotaan dan kawalan keselamatan diperlukan.
  • Kerjasama rapat dengan Kerajaan Selangor bagi memastikan penganjuran SUKMA berjalan lancar.
  • Menjamin keselamatan atlet dan pegawai sepanjang temasya serta kawalan rapi pada acara pembukaan, perasmian dan penutupan.

​Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, pihak penganjur SUKMA telah berhubung dengan PDRM bagi merancang keanggotaan dan kawalan keselamatan yang diperlukan.

“Datuk Shazeli menjelaskan pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Selangor bagi memastikan penganjuran SUKMA lancar.

“Polis juga akan memastikan kesalamatan semua atlet serta pegawai dari seluruh negara yang hadi ke Selangor sentiasa terjamin sepanjang temasya berlangsung,” katanya.

Tambah beliau lagi kawalan rapi turut merangkumi acara pembukaan, perasmian, serta penutupan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Ketua Polis Selangor di Shah Alam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.