
KUALA LUMPUR, 23 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada atlet e-sukan negara, Taj Izrin Aiman Taj Madira, yang meraih pingat emas dalam acara Gran Turismo 7 pada Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun.
- Kejayaan disifatkan sebagai satu lagi khabar gembira dari Jepun dan pingat emas kedua buat kontinjen Malaysia.
- Perdana Menteri menggesa golongan muda bahawa minat permainan digital mampu membawa kejayaan dan mengharumkan nama negara.
- Beliau berasa bangga, akan terus mengikuti perkembangan atlet meskipun berada di China, dan menyokong mereka terus berjuang.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyifatkan kejayaan itu sebagai satu lagi khabar gembira dari bumi Jepun, selain menjadi pingat emas kedua buat kontinjen Malaysia.
Datuk Seri Anwar berkata kejayaan Taj Izrin wajar dijadikan contoh kepada golongan muda bahawa minat terhadap permainan digital juga mampu membawa kejayaan serta mengharumkan nama negara.
“Kalau mahu main game, biarlah sampai mengharumkan nama negara seperti saudara Taj Izrin Aiman,” katanya.
Perdana Menteri turut menzahirkan rasa bangga atas pencapaian berkenaan dan memaklumkan akan terus mengikuti perkembangan atlet negara meskipun kini berada di China bagi urusan lawatan rasmi.
“Insya-Allah di sela-sela jadual padat lawatan di China, saya akan terus ikuti perkembangan atlet kita. Teruskan berjuang Malaysia!” katanya.