Piala Dunia ISTAF: Kuadran negara ke pentas akhir

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 19 Mei-Skuad sepak takraw kuadran lelaki menempah slot pertandingan akhir Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF 2026 selepas menumpaskan Vietnam dalam aksi tiga set yang mendebarkan di Stadium Titiwangsa, disini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Barisan negara dihuni bintang STL Ameerul Zazwan, Afifuddin, Aidil Aiman dan Shahalril menampilkan persembahan mantap.
  • Malaysia menewaskan Vietnam 2-1 selepas pertarungan tiga set sengit dengan keputusan set pertama 15-10, kedua 12-15.
  • Dalam set penentuan, ketinggalan lima mata namun bangkit menang 17-14; libasan terakhir Vietnam berhasil dihalang Shahalril.
  • Skuad kendalian Ahmad Jais Baharun akan berdepan sama ada Myanmar atau India untuk perlawanan penentuan pingat emas malam ini.

Pasukan kebangsaan yang dibarisi oleh bintang Liga Sepak Takraw (STL), Ameerul Zazwan Amir, Afifuddin Mohd Razali, Aidil Aiman Azwawi dan Shahalril Aiman Halim, mempamerkan persembahan memukau meskipun dicabar hebat oleh Vietnam untuk menoktahkan kemenangan 2-1.

Skuad kendalian Ahmad Jais Baharun itu bermula garang pada set pertama dengan kemenangan 15-10 sebelum Vietnam memberi tentangan apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas memenangi set kedua 15-12.

Pada set penentuan, pasukan negara bermula goyah apabila ketinggalan lima mata kepada Vietnam.

Namun, skuad negara yang bermain di hadapan para penyokong sendiri kembali merapatkan mata sekali gus memenangi perlawanan 17-14 selepas libasan terakhir Vietnam berjaya dihadang oleh Shahalril

Malaysia akan bertemu sama ada Myanmar atau India untuk penentuan pingat emas malam ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.