KUALA LUMPUR, 11 November – Penyerang Negeri Sembilan FC, Luqman Hakim Shamsudin, dipanggil semula menyertai kem latihan Harimau Malaya menjelang aksi menentang Nepal pada perlawanan kelima Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2026, 18 November ini.
- Luqman Hakim Shamsudin dipanggil kembali menyertai kem latihan Harimau Malaya menggantikan Jordan Mintah.
- Pemanggilan berikutan Jordan Mintah meninggalkan kem atas faktor kesihatan.
- Luqman berusia 23 tahun dan pemain Negeri Sembilan FC.
- Kali terakhir Luqman beraksi bersama kebangsaan ialah persahabatan menentang Singapura, Mac 2022.
- Kem latihan pusat berlangsung hingga 17 November sebagai persiapan menentang Nepal, 18 November.
Pemain berusia 23 tahun itu akan mengisi kekosongan ditinggalkan pemain Kuching City FC, Jordan Mintah yang terpaksa meninggalkan kem atas faktor kesihatan.
“Luqman Hakim Shamsudin dipanggil menyertai kem latihan berpusat menggantikan Jordan Mintah,” menurut hantaran di Facebook rasmi pasukan kebangsaan Malaysia NT hari ini.
Kali terakhir Luqman beraksi bersama pasukan kebangsaan adalah ketika aksi persahabatan menentang Singapura pada Mac 2022.
Skuad Harimau Malaya memulakan kem latihan pusat semalam dan akan berlanjutan hingga 17 November sebagai persiapan menghadapi Nepal pada aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil.