Liga Juara-Juara: Bayern singkir Real Madrid, mara ke separuh akhir

Foto AFP

MUNICH, 16 April – Bayern Munich berjaya mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Real Madrid 4-3 pada aksi timbal balik di Allianz Arena awal pagi Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bayern mara ke separuh akhir dengan agregat 6-4.
  • Real Madrid mendahului tiga kali tetapi gagal mempertahankan kelebihan hingga tamat perlawanan.
  • Luis Diaz menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89; Michael Olise melengkapkan kebangkitan dengan jaringan masa kecederaan.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Vincent Kompany mara dengan agregat 6-4.

Real Madrid terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila mendahului sebanyak tiga kali, namun gagal mempertahan kelebihan itu hingga tamat perlawanan.

Detik penentuan hadir pada minit ke-89 apabila Luis Diaz meledak gol penyamaan menerusi rembatan yang terkena pertahanan lawan, sebelum Michael Olise melengkapkan kebangkitan Bayern dengan jaringan masa kecederaan.

Sekali gus, memastikan kemenangan berpihak kepada tuan rumah.

Bayern bakal berdepan Paris Saint-Germain di separuh akhir dalam usaha memburu tempat ke final. – AFP