Liga Hoki Malaysia: THT, TNB-Thunderbolts Terikat 1-1

Foto UPDI

KUALA TERENGGANU, 26 April – Terengganu Hockey Team (THT) sekadar seri 1-1 dengan TNB-Thunderbolts dalam saingan Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki MBKT, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlawanan seimbang, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang perlawanan.
  • TNB-Thunderbolts membuka jaringan pada minit ke-23 melalui pukulan penalti oleh Dheeresh Gunaseelan.
  • THT menyamakan kedudukan pada minit ke-31 menerusi penalti oleh Muhammad Arif Syafie Ishak.
  • Kedua-dua pasukan terus mengasak tanpa jaringan tambahan, sekali gus berkongsi satu mata.

Perlawanan menyaksikan aksi seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang perlawanan.

TNB-Thunderbolts terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi pukulan penalti yang disempurnakan Dheeresh Gunaseelan.

Tersentak dengan jaringan itu, THT bangkit mengatur serangan sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-31 hasil pukulan penalti oleh Muhammad Arif Syafie Ishak.

Kedua-dua pasukan terus saling mengasak, namun gagal menambah jaringan hingga wisel penamat, sekali gus berkongsi satu mata.