Leeds belasah Newcastle, naik ke tangga ketiga EPL

Dominic Calvert Lewin meraikan jaringan miliknya / AFP

LEEDS, 15 September– Leeds United melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Newcastle United, 4-1 di Elland Road.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lewis Miley gol sendiri; Jayden Bogle, Dominic Calvert Lewin dan Noah Okafor menambah jaringan untuk kemenangan pasukan kendalian Daniel Farke.
  • Newcastle mengalami kekalahan pertama selepas empat perlawanan.
  • Newcastle bergolak selepas kehilangan pengurus Eddie Howe dan pemain utama; walau disokong dana Arab Saudi, mereka sasar pemain muda untuk mengganti.

Sekali gus menjadi kekalahan pertama skuad The Magpies selepas empat perlawanan.

Pasukan pelawat memperoleh jaringan pertama apabila pemain tengah, Lewis Miley menjaringkan gol sendiri sebelum Jayden Bogle, Dominic Calvert Lewin dan Noah Okafor melengkapkan kemenangan skuad kendalian Daniel Farke.

Sebelum ini, Newcastle bawah kendalian Matthias Jaissle bermula dengan baik meskipun skuad bergolak apabila kehilangan pengurus, Eddie Howe dan beberapa pemain utama, antaranya Anthony Gordon, Bruno Guimaraes dan Sandro Tonali.

Meskipun disokong daripada dana kekayaan Arab Saudi, namun Newcastle menyasarkan untuk mendapatkan pemain yang sedang meningkat naik, terutama bintang muda bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

“Sudah jelas sejak awal lagi dan saya sudah banyak kali mengatakan kami akan berdepan banyak cabaran sepanjang musim.

“Kami berdepan cabaran yang agak sukar,” kata Jaissle. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.