Lebih 13,000 meriahkan Larian MAPPA XXI 2026

Foto RTM

PUTRAJAYA, 8 OgosLebih 13,000 peserta dan pengunjung memeriahkan Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XXI Tahun 2026 Putrajaya, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anjuran JPA melalui INTAN bersama KESKI, melibatkan sektor awam, swasta dan masyarakat, memperkukuh semangat kebersamaan.
  • Pengenalan kategori Half Marathon 21 kilometer buat julung kali; acara disertai seramai 9,875 peserta.
  • Hadiah wang tunai RM26,000 dan cabutan bertuah lebih RM100,000 termasuk kereta, serta pelbagai aktiviti sampingan dan 42 reruai pameran.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sambutan menggalakkan itu mencerminkan komitmen berterusan dalam membudayakan gaya hidup sihat, selain memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat.

“Alhamdulillah, pagi tadi kita telah selesai Larian MAPPA 2026 yang disertai oleh 9,875 orang dan pertama kalinya kita buat kategori 21 kilometer.

“Penyertaan amat memberangsangkan dan jumlah peserta dan pengunjung sekitar 13,000 orang.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Larian MAPPA XXI Tahun 2026 disini.

Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), dengan kerjasama Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan INTAN Bukit Kiara (KESKI), turut menghimpunkan penyertaan sektor swasta serta masyarakat.

Empat kategori dipertandingkan iaitu Fun Walk sejauh tiga kilometer, Fun Run lima kilometer, Competitive Run 10 kilometer dan Half Marathon 21 kilometer, yang diperkenalkan buat julung kali tahun ini.

Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM26,000 ditawarkan kepada pemenang, manakala peserta dan pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM100,000, termasuk sebuah kereta, motosikal, pakej percutian dan barangan elektrik.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk senamrobik, kejohanan mini pickleball, pemeriksaan kesihatan percuma, Jualan Rahmah MADANI serta 42 reruai pameran melibatkan agensi kerajaan, syarikat swasta dan penaja.

Penganjuran Larian MAPPA XXI turut menjadi antara usaha memperkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam menerusi pembudayaan gaya hidup sihat, kesejahteraan warga dan budaya kerja berprestasi tinggi, selain merapatkan hubungan antara penjawat awam dengan rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.