Klinik Juara MILO himpun 100 bakat cilik

Foto RTM

KANGAR, 8 Ogos – Pembangunan bola sepak akar umbi di Perlis terus diperkasa menerusi penganjuran Klinik Juara MILO yang dibimbing 10 bekas pemain negeri dan kelab tempatan bagi mencungkil bakat muda yang berpotensi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyertaan 100 pemain muda berusia 4 hingga 12 tahun dalam program latihan.
  • Pembangunan akar umbi dipergiat sejak 2018 melalui program latihan berterusan.
  • Komitmen berterusan melahirkan bakat yang mewakili negeri dan negara.
  • Latihan teknikal jurulatih terpilih membentuk penguasaan asas dan perkembangan taktikal pemain cilik.

Program yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sena itu menyaksikan penyertaan seramai 100 pemain muda berusia antara empat hingga 12 tahun.

Pengasas Akademik Indera (AE FC) merangkap Penasihat Program, Mohd Khuzairi Mat Isa memaklumkan bahawa usaha pembangunan bola sepak peringkat akar umbi di Perlis telah dipergiat secara berterusan sejak 2018.

Menurut beliau, komitmen berterusan menerusi program latihan seumpama itu telah membuah hasil apabila ramai bakat yang dicungkil berjaya melangkah lebih jauh hingga mewakili negeri dan negara.

Bagi penganjuran kali ini, modul latihan dikendalikan 10 bekas pemain bola sepak Perlis dan PDRM FC, antaranya Azmizi Azmi, Wan Khairul Faiz, Azizi Mat Rose, Saddam Hashim, Mohd Syafiz Azmi, Muhammad Nabil Adzib dan Sabirin Saad.

Penasihat Program merangkap Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sena, Azrin Jaya memaklumkan, usaha dilaksanakan ini sebagai titik mula pembangunan akar umbi sukan bola sepak khsusunya dikalangan pemain cilik untuk menguasai teknik sebenar permainan menerusi latihan teknikal yang betul dengan kepakaran jurulatih terpilih dan berkelayakan.

“Impak daripada penganjuran klinik ini akan mampu melahirkan pemain-pemain yang bukan sahaja hebat di peringkat negeri, tetapi juga hebat di peringkat kebangsaan dan menjadi pemain ternama suatu hari nanti,” katanya selepas ditemui disini.

Beliau menambah, penguasaan teknik asas yang mantap dari peringkat awal akan membentuk pemain yang cemerlang dari segi taktikal serta membolehkan bakat semula jadi diketengahkan secara berkesan.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.