
LANGKAWI, 15 Mei – Walaupun hujan membasahi bumi Langkawi, semangat lebih 1,380 peserta tidak luntur apabila tetap memeriahkan acara Fun Run sejauh lima kilometer (km) di Pantai Tengah, di sini hari ini.
- Program dianjurkan bersempena SKAW ke-39 yang berlangsung di Langkawi dari 13 hingga 15 Mei.
- Majlis pelepasan disempurnakan Tuanku Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah merangkap Komander Rejimen 513 Askar Wataniah.
- Turut hadir Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin dan Tunku Temenggong Kedah Brigadier Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz.
- SKAW merupakan platform strategik memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan dari segi latihan, pengurusan sumber, logistik, pentadbiran dan keupayaan operasi.
Program itu dianjurkan bersempena dengan Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) ke-39 yang berlangsung di Langkawi dari 13 hingga 15 Mei.
Majlis pelepasan disempurnakan Tuanku Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin merangkap Komander Rejimen 513 Askar Wataniah.
Turut menyertai acara pagi ini, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta Tunku Temenggong Kedah Brigadier Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Penyertaan secara percuma itu menyediakan pingat kepada 500 pemenang terawal melepasi garis penamat.
SKAW merupakan platform strategik yang menghimpunkan kepimpinan tertinggi Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara, khususnya dalam aspek latihan, pengurusan sumber manusia, logistik, pentadbirandan keupayaan operasi pasukan.
Sidang kali ini dipengerusikan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Suria Mohamad Saad, dan Timbalan Pengerusi Asisten Ketua Staf Pasukan Simpanan Mejar Jeneral Datuk Mohammad Razeif Che Ahmad.