
LONDON, 31 Mei- Bekas pengendali Bournemouth, Andoni Iraola dikhabarkan berada dalam radar Liverpool sebagai calon utama untuk menggantikan Arne Slot yang dipecat susulan prestasi hambar kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu musim ini.
- Arne Slot gagal mengekalkan konsistensi; Liverpool menamatkan liga di tempat kelima, jauh di belakang Arsenal.
- Liverpool menilai beberapa calon bagi mengisi jawatan pengurus, proses perbincangan awal dipercayai telah bermula.
- Bournemouth menamatkan musim di kedudukan keenam dan layak ke saingan Eropah buat kali pertama.
- Steven Gerrard berkata perubahan pengurus adalah realiti bola sepak moden, tekanan di Anfield sentiasa tinggi.
Slot sebelum ini dilantik bagi mengemudi Liverpool selepas era Jurgen Klopp, namun gagal mengekalkan konsistensi apabila pasukan itu menamatkan saingan liga di tangga kelima, jauh di belakang pendahulu Arsenal.
Liverpool dilaporkan kini sedang menilai beberapa calon bagi mengisi kekosongan jawatan pengurus, dengan Iraola muncul antara nama paling menonjol susulan kejayaannya membawa Bournemouth menamatkan musim di kedudukan keenam, sekali gus layak ke saingan Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab itu.
Menurut laporan media Britain, proses awal perbincangan dipercayai telah bermula, namun pengurusan Liverpool masih belum membuat sebarang keputusan muktamad.
“Beberapa nama sedang diteliti dan Iraola antara yang mendapat perhatian,” kata sumber yang dipetik media berkenaan.
Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard berkata perubahan pengurus merupakan sebahagian daripada realiti bola sepak moden, namun tekanan di Anfield sentiasa tinggi.
“Saya tidak terkejut dengan perkembangan ini. Di Liverpool, keputusan perlu datang segera dan standardnya sangat tinggi,” katanya kepada TNT Sports. -AFP