Iran ‘pasti’ sertai Piala Dunia – Infantino

Gianni Infantino / AFP

WASHINGTON, 16 April – Iran akan menyertai Piala Dunia 2026 meskipun konflik di Asia Barat, masih berlanjutan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkara itu dinyatakan Presiden FIFA Gianni Infantino kepada stesen penyiar CNBC.
  • Perlawanan melibatkan Iran dijadual berlangsung di Amerika Syarikat pada Jun akan datang.
  • Infantino berharap situasi geopolitik bertambah baik supaya kejohanan berjalan lancar dan menegaskan sukan tidak patut terlibat dengan politik.

Perkara itu dinyatakan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

“Iran pasti akan datang. Kami berharap menjelang waktu itu keadaan akan menjadi lebih aman, dan itu sudah tentu akan membantu.

“Iran perlu datang untuk mewakili rakyat mereka. Mereka telah layak dan pemain mahu beraksi,” katanya kepada stesen penyiar CNBC.

Tambahnya, perlawanan melibatkan Iran dijadual berlangsung di Amerika Syarikat pada Jun akan datang.

Dalam masa sama, Infantino menyuarakan harapan agar situasi geopolitik di rantau berkenaan bertambah baik bagi memastikan kelancaran kejohanan itu kelak.

“Sukan sepatutnya tidak terlibat dengan politik,” katanya.

Piala Dunia 2026 yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico dijadual bermula pada 11 Jun.