Hernandez dilantik sebagai ketua jurulatih Belanda

Bekas legenda Barcelona, Xavi Hernandez dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Belanda / REUTERS

AMSTERDAM, 13 Ogos – Bekas legenda Sepanyol dan Barcelona, Xavi Hernandez dilantik sebagai ketua jurulatih Belanda yang baharu dengan kontrak sehingga 2030, umum Persekutuan Bola Sepak negara itu pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menggantikan Ronald Koeman yang meninggalkan pasukan selepas tewas kepada Maghrib pada pusingan 32 Piala Dunia Jun lalu.
  • Pelantikan menjadikannya pengendali asing pertama Belanda sejak Ernst Happel pada Piala Dunia 1978.
  • Perlawanan pertamanya menentang Jerman dalam Liga Negara Eropah pada 24 September.
  • Beliau bekas ketua jurulatih Barcelona yang mengambil alih tugas jurulatih kebangsaan.

Bekas ketua jurulatih Barcelona itu menggantikan Ronald Koeman yang meninggalkan pasukan berkenaan sejurus selepas tewas kepada Maghrib pada pusingan ke-32 terbaik pada kejohanan Piala Dunia, Jun lepas.

Pelantikan tersebut menjadikan Hernandez sebagai pengendali asing pertama selepas Ernst Happel yang mengendalikan pasukan Belanda pada Piala Dunia 1978.

Perlawanan pertamanya selaku pengendai baharu skuad Belanda adalah menentang Jerman pada kejohanan Liga Negara Eropah pada 24 September depan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.