
ISTANBUL, 15 Jun – Pengadil Somalia Omar Abdulkadir Artan, yang dinafikan kemasukan ke Amerika Syarikat (AS) untuk merasmikan Piala Dunia FIFA 2026, akan menerima bayaran penuh kejohanan, lapor Anadolu Ajansi, memetik pelbagai sumber.
- FIFA komited membayar gaji penuh kepada pengadil meskipun beliau tidak dapat mengambil bahagian.
- Pengadil tidak mengetahui bayaran sebenar kerana bayaran dibuat selepas kejohanan tamat.
- Artan, 34, dipilih sebagai pengadil Somalia pertama ke Piala Dunia.
- Beliau disoal siasat 11 jam oleh imigresen di Lapangan Terbang Miami sebelum diberitahu tidak dibenarkan memasuki AS.
FIFA komited untuk membayar gaji penuh Artan bagi kejohanan itu, walaupun beliau tidak mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Pengadil yang dipilih untuk Piala Dunia tidak mengetahui bayaran sebenar yang akan mereka terima, kerana bayaran dibuat selepas kejohanan tamat.
Artan, 34, dipilih oleh FIFA untuk merasmikan Piala Dunia sekali gus menjadi pengadil Somalia pertama yang dipilih ke kejohanan itu.
Beliau disoal siasat selama 11 jam oleh pihak berkuasa imigresen AS di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami sebelum diberitahu tidak dibenarkan memasuki negara itu. – BERNAMA