
MUNICH, 29 Ogos -Juara bertahan Bayern Munich memberi amaran awal kepada pencabar liga selepas membelasah Stuttgart 5-1 pada perlawanan pembukaan saingan Bundesliga di Allianz Arena, pada Jumat.
- Bayern menguasai permainan dari awal hingga akhir.
- Dayot Upamecano menjaringkan gol kepala hasil sepakan penjuru Joshua Kimmich.
- Michael Olise dan gol sendiri Josha Vagnoman mengubah rentak perlawanan; Luis Diaz melengkapkan malam.
- Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah pembukaan Bundesliga kepada 15 musim berturut-turut; Kompany mahu pemain kekal dahagakan kejayaan.
Skuad kendalian Vincent Kompany itu menguasai permainan dari awal hingga akhir dalam permainan yang disifatkan sebagai ulangan aksi perlawanan akhir Piala Jerman musim lalu, menerusi gol pembukaan Dayot Upamecano yang menanduk masuk sepakan sudut Joshua Kimmich pada minit ke-21.
Pelawat kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Josha Vagnoman pada awal babak kedua,
Namun Bayern kembali menguasia permainan dengan meledak dua gol dalam tempoh tiga minit menerusi Michael Olise dan gol sendiri pemain Stuttgart, Vagnoman.
Pemain gantian, Ismael Saibari yang membuat kemunculan sulung di Bundesliga kemudiannya mencipta umpanan buat Aleksandar Pavlovic, sebelum Luis Diaz melengkapkan malam gemilang tuan rumah pada minit kecederaan.
Kemenangan besar itu meletakkan Bayern di persada liga sekali gus melanjutkan rekod tanpa kalah mereka pada aksi pembukaan Bundesliga kepada 15 musim berturut-turut.
“Segala-galanya bermula dari sifar semula. Saya harap semua pemain menyedari perkara itu dan menjadi tugas saya untuk memastikan dahagakan kejayaan ini kekal dalam skuad,” kata Kompany selepas perlawanan.
Dalam pada itu, Pengendali Stuttgart, Sebastian Hoeness mengakui keunggulan gergasi Bavaria berkenaan dan menggesa pasukannya segera bangkit memperbaiki kelemahan pada perlawanan seterusnya. – AFP