Badminton Terbuka India: Tang Jie-Ee Wei tersingkir awal

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei /BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Januari – Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tersingkir pada pusingan pertama Terbuka India selepas tewas kepada gandingan China, Cheng Xing-Zhang Chi, straight set 16-21, 19-21.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasangan China Cheng Xing-Zhang Chi mengatasi cabaran Tang Jie-Ee Wei dalam perlawanan sengit di Kompleks Sukan Indira Gandhi.
  • Kemenangan itu adalah pertemuan pertama Cheng-Zhang berjaya menewaskan Tang Jie-Ee Wei selepas kekalahan terdahulu.
  • Tersingkirnya pasangan nombor satu negara berlaku dalam masa kira-kira 40 minit permainan.
  • Kekalahan menyambung minggu mengecewakan selepas pasangan itu juga tersingkir di suku akhir Terbuka Malaysia.

Pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, pasangan negara itu berdepan tentangan sengit sebelum akur kepada gandingan ranking ke-16 dunia dalam tempoh 40 minit permainan.

Kemenangan tersebut turut menjadi kejayaan pertama Cheng Xing-Zhang Chi ke atas Tang Jie-Ee Wei selepas tewas pada pertemuan sulung mereka di Terbuka Korea 2024.

Keputusan itu menyaksikan satu lagi minggu mengecewakan buat Tang Jie-Ee Wei selepas turut terkandas di peringkat suku akhir Terbuka Malaysia, minggu lalu.