Ayie yakin Harimau Malaya mampu catat kemenangan menentang Vietnam

Muhammad Azri Ghani

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Penjaga gol skuad Harimau Malaya, Muhammad Azri Ghani yakin Malaysia mampu meraih kemenangan menentang Vietnam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memberi kredit kepada pasukan atas persembahan terbaik empat perlawanan; akui isu kecederaan pertahanan tetapi tetap yakin.
  • Sasar sekurang-kurangnya satu mata atau tiga mata di Stadium Cheras untuk dibawa ke Vietnam pada pusingan kedua.
  • Puji prestasi rakan sepasukan dalam sesi pemulihan dan latihan, semua bersedia menghadapi Vietnam.

Azri yang lebih dikenali sebagai ‘Ayie’ menyatakan perkara itu semasa sesi latihan selepas skuad tersebut berjaya mara ke separuh akhir Piala Hyundai AFF 2026.

“Pertama sekali, saya beri kredit kepada pasukan kerana memberikan persembahan terbaik dalam empat perlawanan. Bagi saya, tiada masalah dengan isu pertahanan kerana kita tahu ramai pemain ketika ini berdepan masalah kecederaan.

“Saya berharap pemain yang ada dapat memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan menentang Vietnam nanti. Vietnam bukan pasukan yang mudah, jadi saya berharap kita dapat meraih keputusan seri atau tiga mata di Stadium Cheras untuk dibawa ke tempat mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ayie juga menyatakan pasukan Vietnam juga bukan sebuah lawan yang mudah, namun kekal optimis dengan pasukannya.

“Apa yang kami harapkan adalah meraih sekurang-kurangnya satu mata bahkan tiga mata kemenangan untuk dibawa ke Vietnam bagi pusingan kedua peringkat separuh akhir,” katanya lagi.

Ayie juga menyatakan prestasi yang cemerlang rakan pasukannya dalam sesi pemulihan dan latihan secara menyeluruh dalam mengharungi perlawanan seterusnya.

Perlawanan pusingan pertama separuh akhir itu akan berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Stadium Kuala Lumpur.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.