Aguirre puji kekuatan mental pemain Mexico

Pemain Mexico melambung Guillermo Ochoa ke udara ketika mereka meraikan penampilan pertamanya dalam piala dunia keenamnya / foto REUTERS

MEXICO CITY, 25 Jun Ketua jurulatih Mexico, Javier Aguirre memuji kekuatan mental anak buahnya selepas berjaya melangkah ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026, susulan kemenangan 3-0 ke atas Republik Czech dalam aksi terakhir peringkat kumpulan A, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aguirre tidak berpuas hati dengan 20 minit pertama; pemain bangkit, mengawal permainan dan memperlihatkan kekuatan mental.
  • Aguirre, pernah membimbing Mexico pada 2002 dan 2010, berkata kemenangan baik tetapi masih perlu memperkemas beberapa aspek.
  • Ketua jurulatih Republik Czech Miroslav Koubek menyifatkan beberapa kesilapan mudah sebagai punca utama kegagalan pasukannya.
  • Koubek menegaskan bola sepak Republik Czech mesti meningkatkan tahap teknikal untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa.

Menurut Aguirre, beliau tidak berpuas hati dengan persembahan pasukannya pada 20 minit pertama perlawanan, namun pemain-pemainnya berjaya bangkit dan menguasai permainan selepas itu.

“Saya tidak menyukai 20 minit pertama, tetapi selepas itu kami berjaya menyesuaikan diri. Pasukan kembali mengawal permainan dan ketika itulah kami memperlihatkan kekuatan mental yang dimiliki,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Aguirre, yang pernah membimbing Mexico pada Piala Dunia 2002 dan 2010, berkata kemenangan itu merupakan satu persembahan yang baik, namun masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperkemaskan menjelang pusingan kalah mati.

Sementara itu, ketua jurulatih Republik Czech, Miroslav Koubek menyifatkan beberapa kesilapan mudah yang dilakukan pasukannya sebagai punca utama kegagalan mereka meneruskan saingan di kejohanan berkenaan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bola sepak Republik Czech perlu segera meningkatkan tahap teknikal permainan bagi membolehkan mereka terus bersaing di pentas antarabangsa.

Kekalahan tersebut menyaksikan Republik Czech tersingkir daripada kejohanan, manakala Mexico melangkah ke pusingan kalah mati dengan status juara Kumpulan A. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.