ACLE diperluas kepada 32 pasukan musim depan – AFC

Foto FB AFC

KUALA LUMPUR, 14 April– Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Selasa mengumumkan saingan Liga Juara-Juara Elit AFC (ACLE) bakal diperluaskan daripada 24 kepada 32 pasukan bermula musim depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Format 2026-27 kekalkan zon Timur dan Barat, bilangan pasukan bagi setiap zon ditambah daripada 12 kepada 16.
  • Enam pasukan teratas setiap kumpulan layak automatik ke pusingan 16 terakhir, kedudukan tujuh hingga sepuluh berlawan dalam play-off kalah mati baharu.
  • AFC sifatkan langkah ini sebagai pencapaian mercu tanda untuk memperkasakan keterangkuman dan kecemerlangan kelab, tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Eksekutif.

Langkah yang disifatkan sebagai “pencapaian mercu tanda” itu bertujuan untuk memperkasakan keterangkuman dan kecemerlangan kelab di rantau Asia.

Menerusi format baharu bagi musim 2026-27, struktur zon Timur dan Barat akan dikekalkan namun bilangan pasukan bagi setiap zon akan ditambah daripada 12 kepada 16 pasukan.

Enam pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan 16 terakhir manakala pasukan di kedudukan ketujuh hingga ke-10 perlu bersaing dalam pusingan play-off kalah mati yang baharu diperkenalkan.

Perubahan besar tersebut akan berkuat kuasa secara rasmi sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Eksekutif AFC.

Sementara itu, saingan musim 2025/26 kini memasuki fasa kritikal dengan perlawanan pusingan 16 terakhir dan suku akhir sedang berlangsung secara berpusat di Jeddah, Arab Saudi pada minggu ini. -AFP