Letupan berhampiran sekolah, tujuh murid terkorban

Foto AFP

AFGHANISTAN, 28 November – Sekurang-kurangnya tujuh murid maut manakala 99 lagi cedera dalam satu kejadian letupan berhampiran sebuah sekolah di wilayah Kunar, timur Afghanistan, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Siasatan awal mengaitkan letupan dengan kecuaian di depot bahan letupan syarikat perlombongan berhampiran sekolah.
  • Letupan berlaku ketika bahan letupan disediakan untuk kerja perlombongan dan pemecahan batu.
  • Tujuh mayat dibawa ke hospital di Asadabad.
  • Mangsa cedera termasuk kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun, dan jumlah korban mungkin meningkat.

Jurucakap kerajaan, Hamdullah Fitrat berkata, siasatan awal mendapati letupan itu dipercayai berpunca daripada kecuaian di sebuah depot bahan letupan milik syarikat perlombongan yang terletak berhampiran sekolah berkenaan.

Menurutnya, angka korban itu turut disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri Afghanistan.

Ketua Jabatan Penerangan dan Kebudayaan wilayah itu, Sami-ul-Haq Haq Bayan, berkata letupan berlaku berhampiran Sekolah Menengah Shagai ketika bahan letupan sedang disediakan untuk kerja perlombongan dan pemecahan batu.

Berdasarkan maklumat pegawai perubatan, tujuh mayat telah dibawa ke sebuah hospital di Asadabad.

Seorang wartawan AFP yang berada di hospital berkenaan turut melihat beberapa kanak-kanak berusia antara lapan hingga 15 tahun menerima rawatan akibat kecederaan dalam kejadian itu.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan jumlah korban meningkat berikutan keadaan mangsa yang cedera.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.