Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri dan Putrajaya hingga 9 malam

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 28 November – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak serta Putrajaya sehingga 9 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia mengeluarkan kenyataan amaran cuaca buruk pada 5 petang.
  • Amaran di Perak, Pahang dan Selangor melibatkan beberapa daerah, termasuk Kerian, Jerantut, Petaling dan Klang.
  • Amaran turut melibatkan seluruh Melaka serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 5 petang, memaklumkan bahawa amaran itu melibatkan beberapa daerah di negeri berkenaan.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Kerian serta Larut, Matang dan Selama, manakala di Pahang, amaran melibatkan Jerantut.

Di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Petaling, Sepang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Di Negeri Sembilan, amaran itu melibatkan Port Dickson, Seremban, Rembau dan Tampin, manakala di Johor, kawasan yang terlibat ialah Tangkak, Muar dan Segamat.

Amaran cuaca buruk itu turut melibatkan seluruh negeri Melaka.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Selangau dan Kanowit (bahagian Sibu), Kapit dan Song (bahagian Kapit), Lubok Antu dan Pantu (bahagian Sri Aman), Serian, Tatau dan Sebauh (bahagian Bintulu) serta Samarahan. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.