Sabah Electricity digesa percepat pemulihan bekalan elektrik

Datuk Seri Anwar / Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Sabah Electricity mempercepat kerja pemulihan bekalan elektrik di lapan daerah di Pantai Timur Sabah yang terjejas akibat insiden runtuhan sebuah menara penghantaran di Ranau.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar menzahirkan rasa dukacita terhadap kesulitan penduduk, khususnya pelajar yang membuat persiapan menduduki SPM.
  • Bekalan elektrik sementara perlu mengutamakan sekolah, pusat peperiksaan dan kemudahan awam kritikal.
  • Sabah Electricity digesa mempercepat pemulihan supaya bekalan pulih lebih awal dan kesan terhadap rakyat dapat dikurangkan.

Menerusi hantaran di media sosial, Datuk Seri Anwar menzahirkan rasa dukacita terhadap kesulitan yang dihadapi penduduk, khususnya pelajar yang sedang membuat persiapan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sediakan bekalan elektrik sementara dengan mengutamakan sekolah, pusat peperiksaan dan kemudahan awam kritikal.

“Sabah Electricity perlu mempercepat kerja pemulihan agar bekalan dapat dipulihkan lebih awal daripada jadual,” katanya.

Jelas beliau, meskipun bencana sukar dielakkan, kepantasan tindakan pemulihan menentukan tempoh rakyat terpaksa menanggung kesannya.

“Setiap jam amat bermakna kepada mereka,” tegas beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.