Banjir: Lebih 1,200 penduduk terjejas di tiga negeri

Facebook: APM Daerah Kuala Langat

KUALA LUMPUR, 28 November- Seramai 1,208 penduduk terjejas akibat banjir di Selangor, Sabah dan Perak ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 1.41 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Di Selangor, 705 penduduk terjejas ditempatkan di empat PPS di daerah Kuala Langat dan Kuala Selangor.
  • Kuala Langat merekodkan 664 penduduk terjejas, manakala 41 penduduk ditempatkan di PPS Kuala Selangor.
  • Sabah merekodkan 318 penduduk terjejas di empat PPS di Nabawan, Beaufort dan Sook.
  • Di Perak, 185 penduduk terjejas ditempatkan di tiga PPS di Manjung, Hilir Perak serta Larut, Matang dan Selama.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu membabitkan 397 keluarga di tiga negeri berkenaan.

Di Selangor, 705 penduduk terjejas daripada 220 keluarga ditempatkan di empat PPS melibatkan daerah Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Daerah Kuala Langat merekodkan 664 penduduk terjejas daripada 208 keluarga di tiga PPS iaitu SK RTB Bukit Changgang (658), Dewan Orang Ramai Kg Labohan Dagang (6) dan Balai Raya Kg Sungai Kelambu (tiada penduduk terjejas).

Di Kuala Selangor, 41 penduduk terjejas daripada 12 keluarga ditempatkan di Sekolah Agama Batu 8 Ijok.

Sementara itu di Sabah, seramai 318 penduduk terjejas daripada 124 keluarga ditempatkan di empat PPS di daerah Nabawan, Beaufort dan Sook.

Nabawan menempatkan 166 penduduk terjejas di Gereja SIB Salarom Baru Nabawan, manakala Beaufort merekodkan 106 penduduk di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd. Dun Banir.

Di Sook pula, 46 penduduk ditempatkan di Dewan Masyarakat Sook, manakala Dewan Gereja Roh Kudus tidak merekodkan penduduk terjejas.

Dalam pada itu, Perak merekodkan 185 penduduk terjejas daripada 53 keluarga di tiga PPS di daerah Manjung, Hilir Perak dan Larut, Matang dan Selama.

Di Manjung, 127 penduduk ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai, manakala Hilir Perak menempatkan 51 penduduk di Dewan Rumah Rehat MPTI Bandar Baru.

Di Larut, Matang dan Selama, tujuh penduduk terjejas daripada tiga keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar Jalan Taiping-Beruas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.