MCMC telah serah saman terhadap Google

Saman bukan melibatkan kandungan berunsur jenayah tetapi juga ganti rugi tenaga kerja

KULAI, 27 November – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghantar notis saman ke atas Google LLC selepas platform berkenaan gagal mengekang kandungan judi dalam talian di aplikasi YouTube.

RINGKASAN BERITA AI
  • Teo Nie Ching berkata saman turut menuntut ganti rugi bagi tenaga kerja yang memantau dan membuat laporan.
  • Judi dalam talian jelas haram di Malaysia, namun banyak kandungan berkaitannya masih terdapat di YouTube.
  • MCMC tidak berpuas hati dengan sistem saringan YouTube dalam menangani kandungan berunsur jenayah.
  • Saman RM600 juta itu turut melibatkan penerbitan semula kandungan menyalahi undang-undang oleh Papagomo.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menegaskan, saman bukan sahaja melibatkan kandungan berunsur jenayah itu tetapi juga ganti rugi tenaga kerja pihaknya yang perlu memantau serta membuat laporan.

“Di Malaysia, sangat jelas judi dalam talian adalah haram dan melanggar undang-undang tetapi masih banyak kandungan berkaitannya di platform berkenaan,”katanya selepas program Aspirasi MADANI dan Apresiasi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Murni Jaya, di sini.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan sistem saringan platform berkenaan dalam menangani kandungan berunsur jenayah.

Media sebelum ini melaporkan tindakan saman berjumlah RM600 juta ke atas Google LLC selepas syarikat itu gagal mengawal kandungan memudaratkan di YouTube.

Saman juga melibatkan penerbitan semula andungan melanggar undang-undang oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.