Ribut : Perarakan Hari Kesyukuran ditangguhkan

Perarakan penuh warna-warni di New York terpaksa ditangguhkan sehingga Sabtu susulan langkah berjaga-jaga/Foto AFP

NEW YORK, 27 November – Amaran banjir dikeluarkan susulan ribut yang melanda pantai timur Amerika Syarikat (AS), sekali gus memaksa perarakan Hari Kesyukuran Macy’s ditangguhkan sehingga Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cuaca buruk menyebabkan penangguhan perarakan Macy’s, pertama kali dalam sejarah 100 tahun penganjurannya, manakala perarakan di Philadelphia turut dibatalkan.
  • Lebih 900,000 rumah dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik, sementara hampir dua juta pengguna di Maryland diminta menjimatkan air.
  • Hampir 400 penerbangan dibatalkan dan lebih 2,000 penerbangan mengalami kelewatan di seluruh AS.
  • Amaran ribut Pantai Timur meliputi angin kencang, hujan lebat dan banjir pesisir, manakala ribut turut dijangka melanda Pantai Barat hingga minggu depan.

Faktor cuaca yang menyebabkan penangguhan julung kali dalam sejarah 100 tahun penganjuran acara itu menyaksikan perjalanan antara hari paling sibuk dalam setahun.

Perarakan penuh warna-warni di New York terpaksa ditangguhkan sehingga Sabtu susulan langkah berjaga-jaga yang diambil pihak penganjur.

Perarakan Hari Kesyukuran turut dibatalkan di Philadephia.

Laman web pemantauan PowerOutage memaklumkan lebih 900,000 rumah serta premis perniagaan dilaporkan terputus bekalan elektrik dengan Pennsylvania, Maryland serta Virginia antara kawasan yang paling terjejas.

Pihak berkuasa di Maryland telah meminta hampir dua juta pengguna menjimatkan penggunaan air, susulan gangguan bekalan elektrik.

Sementara itu, data FlightAware menyatakan hampir 400 penerbangan dibatalkan, manakala lebih 2,000 penerbangan mengalami kelewatan di seluruh AS.

Dalam pada itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) mengeluarkan amaran ribut di kawasan pesisir pantai yang dijangka membawa angin kencang, hujan lebat serta banjir pesisir pantai di Pantai Timur sehingga Jumaat.

Beberapa siri ribut dari Lautan Pasifik dijangka melanda Pantai Barat sehingga minggu depan, membawa hujan, salji di kawasan pergunungan, angin kencang, banjir pesisir pantai dan ombak tinggi.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.