Perak tingkatkan perlindungan mangsa keganasan rumah tangga

Foto Hiasan/janaan AI

IPOH, 25 November – Kerajaan Negeri Perak sedang meneliti pendekatan bagi menambah baik kemudahan perlindungan sementara kepada mangsa keganasan rumah tangga, termasuk menerusi lawatan penanda aras ke Rumah Pesona Johor bagi melihat model pengurusannya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan Negeri Perak meneliti penambahbaikan kemudahan perlindungan sementara, termasuk melalui lawatan penanda aras ke Rumah Pesona Johor.
  • Kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara melalui Anjung Singgah menyediakan penempatan sementara yang selamat kepada mangsa.
  • PDRM, JKM, hospital dan NGO bekerjasama dalam penilaian risiko, bantuan perintah perlindungan, rawatan perubatan serta sokongan psikososial.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat Dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, penelitian itu bertujuan memastikan mangsa mendapat tempat perlindungan yang selamat serta sokongan berterusan.

“Dalam aspek penyediaan kemudahan perlindungan sementara, kerajaan negeri turut menjalin kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) melalui Anjung Singgah bagi menyediakan penempatan sementara kepada mangsa keganasan rumah tangga yang memerlukan perlindungan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Ketiga Tahun Keempat Dewan Negeri Ke-15 di Ipoh.

Setakat November 2026, sebanyak 26 kemasukan melibatkan kes keganasan rumah tangga direkodkan di Anjung Singgah kendalian YKN, termasuk dua kes berulang.

Selain itu, perlindungan dan bantuan kepada mangsa turut dilaksanakan menerusi kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kerjasama itu merangkumi penilaian risiko, bantuan mendapatkan perintah perlindungan, rawatan perubatan serta sokongan psikososial bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terus terpelihara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.