Saham Asia teknologi AI melonjak, selepas kembalinya CEO Nvidia

Peniaga saham memantau pergerakan indeks KOSPI di bilik urus niaga ibu pejabat Hana Bank, Seoul, Korea Selatan/Foto AFP

HONG KONG, 24 November – Pasaran saham Asia mencatat kenaikan ketara selepas kembalinya Jensen Huang menerajui semula syarikat teknologi gergasi, Nvidia sekali gus mengembalikan keyakinan pelabur terhadap sektor kecerdasan buatan (AI).

RINGKASAN BERITA AI
  • Saham Nvidia melonjak 31.5 peratus, meningkatkan nilai pasarannya lebih AS$900 bilion.
  • Indeks Taipei meningkat lebih sembilan peratus, manakala Seoul naik lebih enam peratus.
  • Saham TSMC dan MediaTek melonjak 10 peratus, sementara SK hynix dan Samsung meningkat kira-kira lapan peratus.
  • Penganalisis berkata kepulangan Huang meredakan ketidaktentuan, namun siasatan terhadap Nvidia dan isu lain masih menjejaskan keyakinan pelabur.

Perkembangan itu turut mencetuskan lonjakan saham Nvidia sebanyak 31.5 peratus, sekali gus meningkatkan nilai pasaran syarikat itu lebih AS$900 bilion.

Sentimen positif itu turut merebak ke pasaran Asia apabila Taipei mencatat kenaikan lebih sembilan peratus, manakala Seoul meningkat lebih enam peratus.

Di Taipei, saham dua syarikat semikonduktor utama, TSMC dan MediaTek, masing-masing melonjak 10 peratus.

Sementara itu, saham SK hynix dan Samsung di Seoul masing-masing meningkat kira-kira lapan peratus.

Penganalisis Saxo Markets, Charu Chanana berkata, kepulangan Huang mengurangkan ketidaktentuan yang sebelum ini membayangi sektor AI.

Bagaimanapun, penganalisis mengingatkan bahawa perkembangan itu belum menamatkan siasatan terhadap Nvidia serta beberapa isu yang masih menjejaskan keyakinan pelabur.

Dalam perkembangan lain, harga minyak mentah dunia terus merosot susulan harapan konflik Iran dapat ditamatkan menerusi usaha rundingan diplomatik. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.