Pelajar di Odesa belajar dari rumah selepas serangan Rusia

Serangan udara Rusia di Dymer, wilayah Kiev pada 22 November 2026/Foto AFP

KIEV, 22 November – Semua sekolah di bandar pelabuhan utama Ukraine di Laut Hitam, Odesa, akan beralih kepada sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah selepas serangan tentera Rusia merosakkan teruk grid tenaga di bandar berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jabatan Pendidikan Perbandaran Odesa arah pembelajaran dari rumah bermula 23 hingga 27 November susulan gangguan bekalan.
  • Jabatan mengumumkan gangguan serius terhadap bekalan haba, elektrik dan air di bandar.
  • Penduduk dinasihatkan mengecas telefon, tablet dan komputer riba agar anak dapat belajar dari rumah.
  • Ukrenergo memberi amaran bekalan elektrik di dalam dan sekitar bandar terjejas teruk; kerosakan menghalang pembekalan elektrik mencukupi.

Jabatan Pendidikan Perbandaran Odesa mengarahkan tempoh pembelajaran dari rumah dilaksanakan bermula 23 hingga 27 November setelah mengumumkan gangguan serius terhadap bekalan haba, elektrik dan air.

Jabatan itu turut menasihatkan penduduk supaya mengecas telefon, tablet dan komputer riba secepat mungkin agar anak-anak mereka dapat menggunakannya untuk belajar.

Sementara itu, pembekal tenaga negara tersebut, Ukrenergo, pada Ahad memberi amaran situasi bekalan elektrik di dalam dan sekitar bandar raya berkenaan terjejas teruk.

“Kesan daripada serangan Rusia ini amat besar. Tahap kemusnahan yang berlaku menyebabkan adalah mustahil secara fizikal untuk membekalkan jumlah elektrik yang diperlukan kepada pengguna,” kata syarikat itu menerusi media sosial.

Pada musim sejuk tahun lalu, serangan Rusia ke atas grid tenaga Ukraine menyebabkan jutaan isi rumah terputus bekalan elektrik dan pemanas ketika suhu menjunam di bawah paras beku.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.