
KUALA LUMPUR, 22 November – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan akaun palsu di platform Threads yang menggunakan nama dan gambar Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican.
- Jangan kongsi maklumat peribadi atau berinteraksi dengan akaun palsu di Threads.
- Jangan mengikuti, mempercayai atau menyebarkan kandungan akaun palsu; elakkan kekeliruan dan penyalahgunaan identiti.
- Sahkan setiap maklumat menerusi saluran komunikasi rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi.
Kementerian Kewangan menerusi hantaran Facebook hari ini meminta orang ramai tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi atau berinteraksi dengan akaun berkenaan.
“MoF turut menggesa orang ramai agar tidak mengikuti, mempercayai atau menyebarkan sebarang kandungan daripada akaun palsu tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan penyalahgunaan identiti.
“Pastikan setiap maklumat yang diterima disemak melalui saluran komunikasi rasmi Kementerian Kewangan,” menurut hantaran itu.
Hantaran berkenaan turut memuat naik tangkap layar akaun palsu tersebut yang menggunakan nama dan gambar Tan Sri Johan.