Korea Utara tangguh Maraton Pyongyang kepada Oktober 2027

Foto Fail

SEOUL, 22 November – Korea Utara menangguhkan penganjuran Maraton Antarabangsa Pyongyang tahun hadapan dari April kepada Oktober.

RINGKASAN BERITA AI
  • Koryo Tours, agensi pelancongan berpangkalan di Beijing, memaklumkan perubahan setelah menerima notis rasmi daripada penganjur melalui laman webnya.
  • Koryo Tours adalah rakan kongsi eksklusif Maraton Antarabangsa Pyongyang dan dimaklumkan tarikh 2027 telah dipinda.
  • Korea Utara membatalkan acara maraton tahun ini tanpa memberikan sebarang alasan.
  • Tahun lepas atlet luar negara kembali menyertai acara tahunan itu buat kali pertama dalam enam tahun selepas gantung susulan pandemik Covid-19.

Agensi pelancongan yang berpangkalan di Beijing dan kerap mengendalikan rombongan pelancong ke Korea Utara, Koryo Tours, menerusi laman sesawangnya memaklumkan perkara itu selepas menerima makluman rasmi daripada pihak penganjur.

“Koryo Tours, selaku rakan kongsi eksklusif Maraton Antarabangsa Pyongyang telah dimaklumkan oleh rakan kerjasama kami dalam Jawatankuasa Maraton Antarabangsa Pyongyang bahawa tarikh bagi maraton 2027 dipinda.

“Ia tidak akan berlangsung pada April 2027. Sebaliknya, Maraton Antarabangsa Pyongyang akan diadakan pada Oktober 2027,” menurut kenyataan itu.

Korea Utara membatalkan acara maraton berkenaan tanpa memberikan sebarang alasan, tahun ini.

Tahun lepas, atlet luar negara kembali menyertai acara tahunan di ibu negara Korea Utara itu pada April buat kali pertama dalam tempoh enam tahun, selepas ia digantung susulan pandemik Covid-19.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.