Amaran ribut petir libatkan lapan negeri hingga 7 malam ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 22 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di lapan negeri sehingga 7 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Negeri terlibat: Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah.
  • Kawasan terperinci termasuk Langkawi, Kota Setar, Kerian, Pasir Puteh, Besut, Pontian, Bintulu, Kota Kinabalu.
  • Amaran dikeluarkan apabila hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam hampir atau dijangka berlaku lebih sejam.
  • Amaran jangka pendek ini sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Menurut hantaran MET Malaysia hari ini, kawasan terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, amaran melibatkan Langkawi, Padang Terap, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Sik, Baling, Yan dan Kuala Muda.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang dan Hulu Perak, manakala di Kelantan membabitkan Pasir Puteh, Bachok, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan Machang.

Amaran turut melibatkan Besut, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu di Terengganu, serta Pontian dan Kulai di Johor.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Bintulu dan Tatau, Sibu, Daro dan Tanjung Manis, Song, Kuching, Sarikei, Kabong dan Saratok.

Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Membakut, Tambunan, Beaufort, Kalabakan dan Tawau.

MET Malaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.