Maritim Perak rampas 21 bubu naga, tahan vesel nelayan tempatan

Vesel nelayan tempatan yang ditahan Maritim Malaysia dalam operasi di perairan Perak/Foto Maritim Perak

LUMUT, 22 November – Maritim Malaysia menahan sebuah vesel nelayan tempatan dan merampas 21 bubu naga dalam operasi di perairan Perak, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Vesel ditahan selepas dikesan mencurigakan semasa rondaan, diiring ke jeti bersama tekong dan kru untuk siasatan lanjut.
  • Pemeriksaan menemui 21 bubu naga; tekong tempatan dan dua kru warga Myanmar; vesel dipercayai tiada lesen sah.
  • Maritim Perak akan mempergiat rondaan dan penguatkuasaan; kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, vesel itu dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan kira-kira pukul 9.50 pagi.

Katanya, vesel berkenaan ditahan kira-kira pukul 10 pagi pada kedudukan 1.7 batu nautika barat daya Pulau Pasir Hitam, sebelum diiring ke jeti bersama tekong dan kru untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan menemukan 21 bubu naga di atas vesel yang dikendalikan seorang tekong tempatan bersama dua kru warga Myanmar berusia antara 22 hingga 37 tahun. Vesel itu juga dipercayai tidak mempunyai lesen yang sah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pelbagai hasil laut yang ditemukan di dalam bakul di atas vesel nelayan yang ditahan Maritim Perak

Kepten Zainudin berkata, pihaknya akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.