
TAWAU, 20 November – Dua beradik maut selepas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tawau, pagi tadi.
- Dua mangsa kanak-kanak, seorang lelaki 13 tahun dan perempuan 10 tahun, ditemukan di bilik kedua rumah tersebut.
- Panggilan kecemasan diterima pada 6.13 pagi; jentera tiba sembilan minit kemudian, mangsa ditemukan pada 6.55 pagi.
- Enam penghuni dalam rumah; empat berjaya menyelamatkan diri manakala dua dipercayai terperangkap. Bomba halang kebakaran merebak.
Mangsa masing-masing kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemukan di bilik kedua rumah berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.13 pagi sebelum jentera tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Menurutnya, ketika kejadian, ibu mangsa berjaya menyelamatkan tiga adik beradik yang lain, namun kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap dan gagal diselamatkan.
“Kedua-dua mangsa ditemukan pada pukul 6.55 pagi ketika operasi pemadaman dan menyelamat dijalankan,” menurutnya dalam satu kenyataan pagi ini.
Dalam pada itu, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke dua rumah bersebelahan.
Operasi pemadaman dan menyelamat melibatkan 16 anggota bomba dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity dan Jabatan Air.